“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan sesuatu jalan yang buruk.” (QS. Al-Isra [17] : 32).
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (QS. An Nur : 30)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudaralaki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS. An Nur : 31)
Dari Ibnu Abbas r.a. dikatakan: Tidak ada yang kuperhitungkan lebih menjelaskan tentang dosa-dosa kecil daripada hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAWa. bersabda, “Allah telah menentukan bagi anak Adam bagiannya dari zina yang pasti dia lakukan. Zinanya mata adalah melihat [dengan syahwat], zinanya lidah adalah mengucapkan [dengan syahwat], zinanya hati adalah mengharap dan menginginkan [pemenuhan nafsu syahwat], maka farji (kemaluan) yang membenarkan atau mendustakannya…” (HR. Bukhari & Muslim)
“Janganlah seorang laki-laki berdua-duaan dengan wanita kecuali bersama mahramnya.”(HR. Bukhori dan Muslim)
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah seorang laki-laki sendirian dengan seorang wanita yang tidak disertai mahramnya. Karena sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan.” (HR. Ahmad).
“Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik dari pada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (HASAN, Thabrani dalam Mu`jam Kabir 20/174/386)
“Demi Allah, tangan Rasulullah shallallahu‘alaihi wassallam tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun dalam keadaan membai’at. Beliau tidak memba’iat mereka kecuali dengan mangatakan: “Saya ba’iat kalian.” (HR. Bukhori)
“Sesungguhnya saya tidak berjabat tangan dengan wanita.” (HR. Malik , Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad)
Telah berkata Aisyah ra, “Demi Allah, sekali-kali dia (Rasul) tidak pernah menyentuh tangan wanita (bukan mahram) melainkan dia hanya membai’atnya (mengambil janji) dengan perkataaan.” (HR. Bukhari dan Ibnu Majah).
“Wahai Ali, janganlah engkau meneruskan pandangan haram (yang tidak sengaja) dengan pandangan yang lain. Karena pandangan yang pertama mubah untukmu. Namun yang kedua adalah haram” (HR. Abu Dawud , At-Tirmidzi dan dihasankan oleh Al-Albani)
“Pandangan itu adalah panah beracun dari panah-panah iblis. Maka barangsiapa yang memalingkan pandangannya dari kecantikan seorang wanita, ikhlas karena Allah, maka Allah akan memberikan di hatinya kelezatan sampai pada hari? Kiamat.” (HR. Ahmad)
Dari Jarir bin Abdullah r.a. dikatakan: “Aku bertanya kepada Rasulullah saw. tentang memandang [lawan-jenis] yang [membangkitkan syahwat] tanpa disengaja. Lalu beliau memerintahkan aku mengalihkan pandanganku.” (HR. Muslim)
Masih berani protes ??
Doaku Sebagai Senjataku
SeIndah Cinta Di Syurga
Aku Hanya HamBa Allah SWT
Saturday, October 26, 2013
Friday, October 25, 2013
Aku Ingin Mencari Redha Allah S.W.T
Seseorang yang mengharapkan keredhaan Allah dan kebahagiaan Abadi di hari akhirat hendaklah benar-benar memberi perhatian khusus pada TAZKIYATUL NAFS iaitu penyucian jiwa.
Ia harus berupaya agar jiwanya sentiasa berada dalam kondisi suci. Kedatangan Rasulullah ke dunia ini tak lain adalah untuk menyucikan jiwa manusia.
Barangsiapa tekun membersihkan jiwanya maka berjayalah hidupnya. Sebaliknya yang mengotori jiwanya akan sentiasa rugi dan gagal dalam hidup.
Letakkan segala harapan pada ALLAH SWT.
Bukan pada manusia..
sesungguhnya Dengan Rahmat Allah aku ingin mencapai Redha Allah.
dengan Rasa Cinta dan Rindu ku pada RabbaKu.
Aku mengInginkan syahid dan bertemu Allah kelak di syurga dengan penuh Cinta yang aku ada.
Carilah Allah dikala kamu lemah dan kuat.. Kerana tiada siapa yang mampu menolong mu kecuali Dia Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu..ツ
Wednesday, October 23, 2013
Talkin Diri
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Talkinkanlah diri sendiri...
By : https://www.facebook.com/zaki.vengence
41 Darjat Wanita Solehah
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.
6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.
7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.
9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.
10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Surga.
12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.
13. Surga itu dibawah telapak kaki ibu.
14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu Bapakmu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga shalat dan puasa).
17. Perempuan apabila Shalat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Surga mana saja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Shalat.
20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
21. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Surga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).
22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.
24. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhoan suaminya akan memasuki Surga.
25. Jika suami mengajarkan istrinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Surga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Surga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
28. 2 rakaat shalat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.
29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.
31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mangurniakan satu pahala haji.
33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa Surga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.
38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Syurga.
Semoga Kita Jadi wanita solehah. Aamiinn. Allahualam,
Kawan Yang Baik Akan Membawa Kita Ke Syurga
Dahulu saya selalu terfikir Macam Mana Aku nak Menjadi seorang Kawan yang baik, Mampukah Aku menjadi kawan Membawa kawan saya ke syurga..? banyak persoalan yang timbul. Tiba2x terbaca satu Status kawan kat Facebook
Tadi ustaz pesan,
"kalau kita berkawan dengan seseorang, Makin lama makin teruk perangai, makin kurang ibadah, makin suka buat maksiat, lebih baik hentikan hubungan tersebut. Fokus pada hubungam dengan Allah.
Kalau seseorang betul-betul sayangkan kita, dia takkan kasi api neraka sentuh kita sikitpun. Dia akan jaga kita baik-baik.
Walaupun dia belajar agama tinggi mana sekalipun, kalau dia tak praktikkan ilmu dia belajar, dia tetap akan heret kita ke dalam api neraka. Jangan bangga dengan orang yang ada ilmu tinggi tapi banggalah jika dia mampu untuk praktik ilmu yang dia ada."
Harap- harap Allah mempermudahkan segala urusan Dunia wa Akhirat kita. InsyaAllah
Allahu Amin - :)
Friday, October 18, 2013
Ujian Tanda Allah Sayang Hamba-Nya
Bismillahir Rahmanir Rahim
Segala sembah Puji Hanya Kepada Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Dan Segala Selawat dan Kesejahteraan hanya Kepada Junjungan Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W serta Salam Kerinduan Atas Nabi, Keluarga, Para Sahabatnya dan para Wali-Wali Allah.
Ujian Tandanya Allah sayang Hamba-Nya. Allah Ingin Mengangkat Darjat Kita Lebih Tinggi. Allah Mendidik , Mengajar, Memberi Kita dengan Ujian supaya Menjadi Hamba Allah Yg lebih mulia.
Allah Berkata dalam Firman-Nya..
" Aku Tidak Menciptakan Manusia Dan Jin Melainkan Untuk Beribadah dan Menyembah Aku.."
jangan salah faham dengan ujian yg Allah Bagi kepada kita, Malah Bersyukur Bahawa Allah Rindu dan Menyayangi Kita dengan Mengirimkan kita Ujian Melalui Malaikat Jibrail. Tidak Lain dan Tidak Bukan Allah Ingin Kita selalu MengingatNya dalam setiap detik kehidupan kita, Menangis segala Kekurangan dan Kelemahan Kita dengan Meminta Bantuan dari-Nya Bukan dengan Meminta Pertolongan selain daripada Allah.
Nauzubillah Minzalik, Astagfirullah Al'azhim. aku memohon keampunan hanya kepada Allah yg Maha pengampun lagi Memaafkan. La Haula Walaq Wata Illah Billah - Tidak ada daya dan upaya ku Melainkan pertolongan Allah.
Hidup kena menerima takdir dan move on , jangan terlalu kecewa dengan sesuatu tapi belajar dari kekecewaan itu untuk teruskan hidup. Teruskan buat kebaikan..Biarlah orang kata hipokrit ke, cengkerik ke Yang penting pandangan Allah.
Tanya iman kita. Kalau iman makin menurun, cuba tingkatkan. Kalau iman meningkat, cuba mantapkan.
"Kenalilah Allah waktu kamu senang, niscaya Allah akan mengenalimu waktu kamu dalam kesulitan." (HR.Tirmidzi)
Apa Yg Penting Usaha Jadi Baik sebab Kita Nak Masuk Syurga Allah. InsyaAllah Semoga dipermudahkan Segala Urusan Dunia Wal Akhirat. Aamiinn..:)
- Almahziah Bte Salim -
Segala sembah Puji Hanya Kepada Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Dan Segala Selawat dan Kesejahteraan hanya Kepada Junjungan Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W serta Salam Kerinduan Atas Nabi, Keluarga, Para Sahabatnya dan para Wali-Wali Allah.
Ujian Tandanya Allah sayang Hamba-Nya. Allah Ingin Mengangkat Darjat Kita Lebih Tinggi. Allah Mendidik , Mengajar, Memberi Kita dengan Ujian supaya Menjadi Hamba Allah Yg lebih mulia.
Allah Berkata dalam Firman-Nya..
" Aku Tidak Menciptakan Manusia Dan Jin Melainkan Untuk Beribadah dan Menyembah Aku.."
jangan salah faham dengan ujian yg Allah Bagi kepada kita, Malah Bersyukur Bahawa Allah Rindu dan Menyayangi Kita dengan Mengirimkan kita Ujian Melalui Malaikat Jibrail. Tidak Lain dan Tidak Bukan Allah Ingin Kita selalu MengingatNya dalam setiap detik kehidupan kita, Menangis segala Kekurangan dan Kelemahan Kita dengan Meminta Bantuan dari-Nya Bukan dengan Meminta Pertolongan selain daripada Allah.
Nauzubillah Minzalik, Astagfirullah Al'azhim. aku memohon keampunan hanya kepada Allah yg Maha pengampun lagi Memaafkan. La Haula Walaq Wata Illah Billah - Tidak ada daya dan upaya ku Melainkan pertolongan Allah.
Hidup kena menerima takdir dan move on , jangan terlalu kecewa dengan sesuatu tapi belajar dari kekecewaan itu untuk teruskan hidup. Teruskan buat kebaikan..Biarlah orang kata hipokrit ke, cengkerik ke Yang penting pandangan Allah.
Tanya iman kita. Kalau iman makin menurun, cuba tingkatkan. Kalau iman meningkat, cuba mantapkan.
"Kenalilah Allah waktu kamu senang, niscaya Allah akan mengenalimu waktu kamu dalam kesulitan." (HR.Tirmidzi)
Apa Yg Penting Usaha Jadi Baik sebab Kita Nak Masuk Syurga Allah. InsyaAllah Semoga dipermudahkan Segala Urusan Dunia Wal Akhirat. Aamiinn..:)
- Almahziah Bte Salim -
Subscribe to:
Posts (Atom)