SALAM HIDAYAH..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala sembah Puji hanya kepada Tuhan sekian Alam. Salam selawat dan sejahtera untuk Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabatnya.
Ya Allah, sesunggah hidayah itu hanya Milik-Mu. Aku Memohon kepada-Mu Hidayah dan Taufik dari-Mu, berikanlah aku Rahmat dalam Pengaharapanku ini ya Tuhan sekian Alam.
Kita sebagai manusia, kita di wajibkan untuk mencari hidayah itu bukan hanya menanti sahaja. Tapi sebenarnya kita tidak sedar bahawa setiap masa, setiap detik, setiap saat, setiap minit, dan setiap jam Allah dengan Kekuasaan-Nya Dia memberi Hidayah itu. Namun kita buat-buat tahu, pura-pura tidak sedar akan semua itu, jadi siapa yang sebenarnya Rugi..?? tepuk dada, tanya diri la.
Sedar, Sedar dan cepat sedar... kita sendiri la yang patut mencari hidayah itu bukan hanya cakap hidayah belum sampai2x lagi sedangkan Allah da bagi hidayah itu. jangan nak tipu diri sendiri la sebab hati dan diri sendiri yang merana. nak Bukti ke...???
Buktinya, sedar tak kenapa kita rasa selalu gelisah, rasa kekosongan, jiwa tak tenang, hati tak tenteram. itu sebabnya kita tipu diri sendiri.. kerana fitrah kita sebagai manusia dan kita ini Makhluk Allah, Allah ciptakan kita dan Hati kita ini berdasarkan Kasih Sayang Allah. kita lupa nak bagi rohani kita dekat dengan pencipta-Nya itu sebablah kita rasa semua kegelisahan yang sendiri kita tak sedar. wake up la.. sedar la.. kesian kat hati dan jiwa kita yang sensara. kita seperti membunuh pelahan2x diri kita dari CAHAYA KEIMANAN.
Nauzubillah Minzalik, La Haula Walaq Wata Illah Billah. La ilaha illa'Allah. kita hanya Ada satu Tuhan sahaja iaitu tuhan semestar Alam. Tuhan yang Maha Mulia dengan KeAgunganNya, KebesaranNya, KeindahanNya. Bersyukurlah sebab Allah memilih kita sebagai hambaNya yang Beriman dan Menjadikan Kita sebagai seorang Muslim serta Islam Sebagai agama dan penyelamat kita Dunia wal Akhirat.
Aku sedar dan bersyukur dengan segala nikmat Allah ini.. percaya la Allah itu Maha Penyayang dari segala apa yang ada di seluruh alam ini. tiada siapa yang menandingiNya. Ingatlah Firman Allah dalam surah Al-ikhlas.
Qul Huallahu Ahad, Allahu Samad, Lam Yalid WaLam yulad, Walam yakul Lahu kufuwan Ahad.
maksudnya : (katakanlah muhammad) Allah itu Satu/ Esa. semua makhluk bergantung sesuatu kepadaNya, Dia tidak beranak dan Tidak diperanakkan. dan tiada sesuatu yang menandingNya.
Allah, Allah, Allahu akbar..jum audit diri ke arah jalan Allah. Hidayah itu perlu di cari, bukan di nantikan tanpa sebarang usaha langsung. Alhamdulillah. sampai di sini hanya coretan perkongsian ana. kalau ana ada sebarang kesilapan itu datang dari ana dan semua kebaikan itu datang dari Allah SWT.
Wa'Allahu'Alam.
No comments:
Post a Comment