Doaku Sebagai Senjataku

Doaku Sebagai Senjataku
Kata-Kata Yang Baik itu adalah satu Doa untuk kebaikkan diri sendiri dan jugak orang lain..:)

SeIndah Cinta Di Syurga

SeIndah Cinta Di Syurga
Love IN Heaven

Aku Hanya HamBa Allah SWT

Aku Hanya HamBa Allah SWT
“Kullu nafsin za iqatul maut” - Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati -

Tuesday, December 3, 2013

Perbualan seorang Hamba Allah dengan Ustaz Pasal Solat..

Bismillahir Rahmanir Rahim

Sentiasa lah terluah kasih dan sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya, tak kira yang bersyukur atau tidak mengingat Allah dalam setiap detik kehidupanya.
Salam kerinduan buat kekasih Allah Nabi Muhammad Bin Abudullah saw
keluarga, sahabat2xnya dan para solehin.

saya teringin nak berkongsi dengan apa yang saya terbaca.
sebab bagi saya berkongsi Ilmu itu satu keperluan untuk kebaikkan kita. Di mana kita dapat buat amal jariah.
tadi masa saya buka facebook saya, saya ada terbaca satu page Irma hasmie. kat status yang baru di update
menceritakan perbualan antara seorang hamba Allah dengan seorang ustaz..

jum kita membaca perbualan mereka, kekadang rasa lucu pon ada tapi ada kebaikan 
dalam cerita ini. jom3x..

 "Kubur O kubur ke..???"

lelaki : saya sakit ustaz, macam mana nak solat.
ustaz : solat macam biasa, berdiri kalau mampu.

lelaki : kalau saya tak mampu berdiri?
ustaz : duduk pun boleh.

lelaki : duduk pun saya tak boleh, ustaz.
ustaz : baring pun tak apa.


lelaki : baring pun saya tak mampu dah.

ustaz : guna isyarat je lah kalau macam tu.

lelaki : nak guna isyarat pun saya tak boleh dah. macam mana, ustaz.
ustaz : tunggu orang lain solatkan.

lelaki : boleh ke macam tu ustaz? biar betul.

ustaz : betul. kalau dah semua tu tak boleh buat. maknanya dah layak lah awak untuk dikuburkan...

Nak belajar kena lah bertanya kepada yang tahu, jangan Malu jangan Segan
nanti sesat Jalan, baru rasa..hehe
cukup hanya di sini perkongsian saya. InsyaAllah
panjang umur saya akan berkongsi Ilmu lagi. Aamiinn

End


Sunday, December 1, 2013

HIDAYAH ITU PERLU DI CARI, BUKAN DI NANTI.

SALAM HIDAYAH..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala sembah Puji hanya kepada Tuhan sekian Alam. Salam selawat dan sejahtera untuk Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesunggah hidayah itu hanya Milik-Mu. Aku Memohon kepada-Mu Hidayah dan Taufik dari-Mu, berikanlah aku Rahmat dalam Pengaharapanku ini ya Tuhan sekian Alam.

Kita sebagai manusia, kita di wajibkan untuk mencari hidayah itu bukan hanya menanti sahaja. Tapi sebenarnya kita tidak sedar bahawa setiap masa, setiap detik, setiap saat, setiap minit, dan setiap jam Allah dengan Kekuasaan-Nya Dia memberi Hidayah itu. Namun kita buat-buat tahu, pura-pura tidak sedar akan semua itu, jadi siapa yang sebenarnya Rugi..?? tepuk dada, tanya diri la.

Sedar, Sedar dan cepat sedar... kita sendiri la yang patut mencari hidayah itu bukan hanya cakap hidayah belum sampai2x lagi sedangkan Allah da bagi hidayah itu. jangan nak tipu diri sendiri la sebab hati dan diri sendiri yang merana. nak Bukti ke...???

Buktinya, sedar tak kenapa kita rasa selalu gelisah, rasa kekosongan, jiwa tak tenang, hati tak tenteram. itu sebabnya kita tipu diri sendiri.. kerana fitrah kita sebagai manusia dan kita ini Makhluk Allah, Allah ciptakan kita dan Hati kita ini berdasarkan Kasih Sayang Allah. kita lupa nak bagi rohani kita dekat dengan pencipta-Nya itu sebablah kita rasa semua kegelisahan yang sendiri kita tak sedar. wake up la.. sedar la.. kesian kat hati dan jiwa kita yang sensara. kita seperti membunuh pelahan2x diri kita dari CAHAYA KEIMANAN.

Nauzubillah Minzalik, La Haula Walaq Wata Illah Billah. La ilaha illa'Allah. kita hanya Ada satu Tuhan sahaja iaitu tuhan semestar Alam. Tuhan yang Maha Mulia dengan KeAgunganNya, KebesaranNya, KeindahanNya. Bersyukurlah sebab Allah memilih kita sebagai hambaNya yang Beriman dan Menjadikan Kita sebagai seorang Muslim serta Islam Sebagai agama dan penyelamat kita Dunia wal Akhirat.

Aku sedar dan bersyukur dengan segala nikmat Allah ini.. percaya la Allah itu Maha Penyayang dari segala apa yang ada di seluruh alam ini. tiada siapa yang menandingiNya. Ingatlah Firman Allah dalam surah Al-ikhlas.

Qul Huallahu Ahad, Allahu Samad, Lam Yalid WaLam yulad, Walam yakul Lahu kufuwan Ahad.
maksudnya : (katakanlah muhammad) Allah itu Satu/ Esa. semua makhluk bergantung sesuatu kepadaNya, Dia tidak beranak dan Tidak diperanakkan. dan tiada sesuatu yang menandingNya.

Allah, Allah, Allahu akbar..jum audit diri ke arah jalan Allah. Hidayah itu perlu di cari, bukan di nantikan tanpa sebarang usaha langsung. Alhamdulillah. sampai di sini hanya coretan perkongsian ana. kalau ana ada sebarang kesilapan itu datang dari ana dan semua kebaikan itu datang dari Allah SWT.

Wa'Allahu'Alam.